Wednesday, December 24, 2008

Barisan Nasional Bergolak Lagi...

Sayap Barisan Nasional - Parti MIC pula memecat Bendahari Agungnya Tan Sri M Mahalinggam berkuat kuasa serta merta atas arahan Presidennya Dato' Seri S Samy Vellu.

Berita Penuh Paparan http://www.malaysiakini.com/news/95393

'Tidak patut, selepas Zahar kaut kekayaan'

Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS setelah mendapat kekayaan selama 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor

Ini adalah salah satu keratan berita yang tersiar di http://www.malaysiakini.com/news/95379.

Apa sebenar nya yang ingin di nyatakan oleh Pemimpin Pemuda UMNO Selangor ini? Adakah ingin memburuk-burukan kredibiliti Dato' Zahar? Atau mungkin juga yang selama ini yang memang dah berakar umbi dalam UMNO iaitu sifat ancam mengancam dengan pelbagai cerita dan kes jika seseorang itu tidak lagi menyokong UMNO/BN.

Statement Pemimpin Pemuda UMNO Selangor ini menggambarkan orang-orang Melayu cuma ingin mengaut kekayaan sahaja jika masuk UMNO? Jelas sekali memang tiada perjuangan di dalam UMNO. Cuma 'kaut' saja ada...

Bukak Baju Tunjuk Kurap....

Sah, Zahar Sertai PAS


Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

Petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/95366

Sunday, December 21, 2008

Gurindam Buat Pengundi Kuala Terengganu


Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu sebagai panduan sebelum mengundi.
Gurindam itu antara lain berbunyi:


Nak beri rasuah salah,

tak beri rasuah kalah,

akhirnya jadi serba salah,

kerana itu jom pakat undi PAS.


Beliau menyatakan perkara itu secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil itu tahun hadapan.
Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini.
Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:


Beri duit ambil,

beri kain pakai,

beri gula kacau,

bila mengundi pangkah bulan.


Dalam masa yang sama beliau turut menyampaikan salam kepada seluruh warga pengundi Parlimen Kuala Terengganu supaya mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil itu pada 17 Januari tahun hadapan.
Menurutnya, tiada sebab calon PAS perlu ditolak dalam mana-mana pilihan raya memandangkan parti itu juga mampu melaksanakan apa yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Apa yang BN buat, PAS juga boleh buat, seperti pembangunan, nak jaga Melayu, kita juga boleh berbuat demikian, jadi tiada sebab Umno dan BN diberi peluang sekali lagi untuk memilih mereka.
“Sedangkan pada waktu yang sama Allah telah memberi ruang pada manusia menilai setiap apa yang ada di hadapan mereka, contohnya terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan,”ujarnya lagi.


Tuan Guru memberitahu, apa yang berbeza Umno memperjuangkan kebangsaan, sebaliknya PAS dasar Islam yang wajar disokong oleh semua pihak.
Tambahnya lagi, kerana keyakinan terhadap perjuangan PAS mereka menubuhkan Kelab Penyokong PAS dan bukannya kelab Umno walaupun sudah lama bersama parti itu.
Beliau juga berkeyakinan calon PAS dijangka akan memenangi dalam pilihan raya kecil itu nanti berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku di dalam parti Umno dan kerajaan seperti perpecahan dan rasuah.
Sambungnya, masaalah itu merupakan petaka yang buruk dalam mana-mana Negara sekalipun termasuk Malaysia di mana ianya turut disebut dalam perlembagaan negara.
“Saya tidak kisah siapa yang bakal menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu nanti, mana-mana calon yang telah diputuskan dalam mesyuarat berhubung perkara itu wajar disokong.
“Cadangan calon terdahulu Mat Sabu (Mohammad Sabu) hanyalah pandangan peribadi saya saja, kalau nak letak orang lainpun jika itu keputusan mesyuarat parti tiada halangan,” ujarnya lagi.


Ketika diminta mengulas berhubug calon bebas juga bakal bertanding dalam pilihan raya itu, PAS menerima dengan terbuka.
“Dia dah bebas, tak boleh nak cakap apa lah, dia bebaslah nak bertanding ke nak apapun,” ujarnya lagi.
Tuan Guru turut menolak telah berlaku dua golongan dalam PAS di Terengganu sehingga menjadikan pilihan raya kecil itu nanti sebagai medan untuk menguji kekuasaan masing-masing.
“Itu hanya andaian musuh, oleh kerana musuh dalam keadaan kelam kabut sekarang, jadi pandai-pandailah dia mengadakan sesuatu pada parti lawan, itu memang dah jadi kaedah manusia.
“Biarlah lawan nak kata PAS sampai ada dua tiga kumpulan pun namun yang penting kita akan berdepan dengan senang hati,” ujarnya

Petikan dr anwaribrahimclub.com( http://www.anwaribrahimclub.com/2008/12/gurindam-tok-guru-buat-pengundi-k-terengganu/)

Anda baca kes di Kg. Baru Plentong Tengah, Johor Bahru? Kg Bujal, Kemaman? Jangan risau ada banyak lagi kes yang akan terjadi mirip kepada kes di Kg Baru Plentong Tengah ini...

Ada dok pemimpin UMNO yang tunjuk muka?Bile kes ini brlaku...
HHabihh... susuk pala... sorang dok napok muke...

Kalu kat bukit A'bangsa penuh Pemimpin UMNO.. mari slalu...

Bukan menghina atau membezakan orang Bukit A'bangsa atau orang Kg Baru Plentong Tengah.

Akan tetapi sikap Pemimpin ini yang di katakan sebagai Pemimpin Kesatuan Kebangsaan Melayu Bersatu. Rakyat jelata yang miskin cuma di injak-injak je.. diorang pun gelar kalu bawahan ini di panggil akar umbi..

Thursday, December 18, 2008

Kite ta'boh benda gini menjadi ikutang anak muda kite...











Ini Kehebatan Mereka..
Cemerlang nyeer... PUTERI
Gemilang nyeer... PUTERA
Terbilang nyeeer... PEMUDA
Belia & Beliawanis Kelahiran UMNO & Be eNd.
Kuala Terengganu's Voters - Make all proud to you as a Permatang Pauh Voters
Salute to Kuala Terengganu Voters

:Kepada semua pejuang muda sekitar Kemaman yang berminat untuk menabur bakti kepada
Parti Keadilan Rakyat:


AMK Negeri Terengganu akan membuka markas sebagai menyokong perjuangan Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil

P036 Kuala Terengganu yang akan datang ini.


Kepada yang berminat untuk menyertai kami sebagai petugas Skuad AMK sepanjang bermula 6 Januari 2009 hari penamaan calon, hari berkempen sehinggalah hari mengundi pada 17 Januari 2009.

Anda bolehlah menghubungi pihak kami AMK Kemaman


Sdra Lokman - 013 9508669

Sdri Ida - 013 9113511


Segala penginapan dan makan minum anda ketika di sana akan

di tanggung oleh pihak kami.

Sunday, December 14, 2008

Suffiean Hj. Sulaiman
Untuk Mengenali Beliau Dengan Lebih Dekat
Sila Click Blogs Beliau

Friday, December 12, 2008



SELAMAT DATANG KE BLOG

ANGKATAN MUDA KEADILAN

BAHAGIAN KEMAMAN


Blog kami sedang dikemaskini

kehadiran kami akan dirasai selepas ini

Wednesday, December 10, 2008

Suffiean Hj Sulaiman


Untuk Mengenali Dengan Lebih Dekat