Sunday, January 18, 2009


Angkatan Muda Keadilan Kemaman

mengucapkan tahniah kepada

Yang Berhormat Mohd Abdul Wahid Endut di atas kemenangan beliau di

PRK P036 Kuala Terengganu.


Salute To Kuala Terengganu Voters


Takbir!!!!


Reformasi!!!! Reformasi!!! Reformasi!!!

Anwar: Tanda rakyat dahagakan perubahan...


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap tahniah dan syabas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang berkempen untuk menjamin kemenangan Pakatan di Kuala Terengganu.


"Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi," katanya dalam satu kenyataan."Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru," kata beliau yang juga ketua umum PKR.Anwar berkata, beliau percaya Abdul Wahid akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin."Bukan sahaja kepada warga Kuala Terengganu, bahkan kepada rakyat Malaysia


keseluruhannya."Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan."Maknanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terengganu, rakyat menuntut perubahan. "Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut."Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan," kata Anwar.

Thursday, January 15, 2009

Datuk Bandar Kuala Terengganu ugut 590 kakitangan MBKT


Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F, Wisma Sentosa, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut:

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato' Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada lebih 590 orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen, memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional (BN) pada 17 Januari 2009 nanti.


Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah ?kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah?.

Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia (PAS).


Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, Dato' Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya.


Tindakan ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan.


Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya.

Sekian, laporan polis saya. _

Wednesday, January 14, 2009

Supaya Kita Tidak Lupa....










Memorandum yang dihantar kepada DYMM Yang DiPertuan Agong
Pada Ketika Kempen Untuk Mereformasikan Pilihanraya di Malaysia
(BERSIH)


Memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong

10 November 2007

Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil:

1. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.

2. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan. Selagimana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci ‘semak dan imbang’ dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.

3. Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas pilihanraya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.

4. Proses pengendalian pilihanraya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihanraya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera.

5. Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang, BERSIH yakin dan percaya bahawa kelapan-lapan aspek ini perlu dikaji dan diperbaharui secara keseluruhannya:

A. Sistem pilihanraya

1. Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64% boleh diterjemahlkan kepada 91% kerusi bagi parti pemerintah. Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas ‘First-Past-The-Post’ atau ‘Yang-Pertama-Melepasi-Tiang’ dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan ‘agihan-timpang’ dan ‘curang’ atau ‘tipu-belit’;

ii. Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30% perwakilan wanita di parlimen terjamin;

iii. Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan dengan sistem pilihanraya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.

B. Pentadbiran pilihanraya

i. Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihanraya sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi;

ii. Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan.

C. Penamaan calon dan parti - bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan

i. Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenangnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC);

ii. Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenangnya oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil;

iii. Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan;

iv. Wang deposit pilihanraya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat.

D. Kempen pilihanraya – peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara berikut

i. Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung;

ii. Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

iii. Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah;

iv. Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.

E. Media

i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional;

ii. Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta;

iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.

F. Kerajaan Sementara (Caretaker government)

i. Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan;

ii. Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah;

iii. Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman.

G. Daftar Pemilih

i. Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan (i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan (ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh ‘pengundi hantu’;

ii. Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

H. Pengundian

i. Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda;

ii. Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa.

6. Untuk jangka terdekat, BERSIH menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan empat pembaharuan yang diperlukan dan boleh dilaksanakan serta-merta:

Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya.
Malangnya, setakat ini, pihak SPR cuma bersetuju dengan satu permintaan iaitu penggunaan dakwat kekal.

7. Dalam menjalankan kempen kesedaran di seluruh Negara, BERSIH telah berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan menembak orang awam dengan peluru hidup. Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 9hb September lalu. Bahkan, BERSIH dilontarkan tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan. Penyiasatan bebas juga tidak dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan.

8. Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan:

Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihanraya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihanraya.
Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan.


--------------------------------------------------------------------------------
Bersih BM powered by WordPress Trackback
Memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong
Entries (RSS) and Comments (RSS).

Batu Buruk dan batu-batunya


Ketika di sekolah menengah dahulu saya selalu membaca sajak sajak J.M Aziz. Bait-bait tentang laut, kolek, penyu dan ikan menjadikan saya asyik untuk tahu tentang Kuala Terengganu. Sajak-sajak dari Seberang Takir ini menjadikan saya ngelamun memikirkan tentang Pulau Duyung dan Kuala Ibai.


Pertama kali saya sampai ke Kuala Terengganu pada tahun 1975 – ketika hendak melarikan diri dari di tangkap sesudah Peristiwa Baling 1974. Saya ditumpangkan di sebuah rumah di Pekan Cina.

Kali ke dua, tiga tahu dahulu saya datang untuk menemu bual pelajar-pelajar yang bakal memasuki ASWARA. Dua tahun dahulu saya datang sekali lagi untuk tujuan yang sama. Setiap kali saya datang ada sahaja perubahan di kota indah ini.

Sehari sebelum penamaan calon PRK P36 ini saya sampai sekali lagi ke Kuala Terengganu. Kali ini saya datang dengan penuh kesedaran untuk membaca perubahan politik besar yang akan berlaku.

Ada banyak pekara yang amat menarik dalam PRK P36 ini. Beberapa hari sesudah YB Razali Ismail yang mewakili P36 meninggal dunia – saya mendengar khabar bahawa Mat Sabu adalah bekas calon terakhir dari Pakatan Rakyat. Pada PRU ke 13 yang lalu Naib Presiden Pas ini hanya di kalahkan dengan 628 undi sahaja. Kemudian saya juga difahamkan bahawa kawasan ini pernah di wakili oleh Pas pada satu ketika dahulu. Ini bererti P36 ini satu wilayah yang lincah politik pengundinya.

Kelincahan politik pengundi ini memungkinkan P36 ini kembali ke tangan Pas. Kemungkinan ini cukup menjanjikan.

Lihatlah betapa indahnya kocakan politik Kuala Terengganu. Ini sama indahnya dengan pesisir pantainya yang landai dan sungainya yang luas. Sesekali terfikir juga – kenapa kota Kuala Terengganu ini tidak menjadi ibu kota Malaysia. Alangkah indahnya sebuah kota di tepi sungai dan di pagari oleh Laut Cina Selatan.

Di Kuala Terengganu juga – lebih tepat lagi di Pantai Batu Buruk - untuk pertama kalinya peluru hidup telah digunakan oleh pihak polis untuk menembak para penyokong BERSIH pada malam 8hb September 2007 dahulu. Dari apa yang saya difahamkan penembakan dengan peluru hidup ini atas arahan pihak diatas. Pihak diatas dalam istilah Malaysia bermakna Kementerian Dalam Negeri.

Dan jangan terperanjat - pada ketika itu yang menjadi Menteri Dalam Negeri ialah Abdullah Badawi dan yang menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri ialah Wan Farid Salleh. Wan Farid yang sama inilah juga yang sedang bertanding untuk melawan calon Pas – Abdul Wahid Endut di P36. Lihat betapa lincahnya politik Kuala Terengganu.

Susuk calon Barisan Nasional ini cukup menarik. Beberapa hari sebelum penamaan calon, Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor telah berkata bahawa ‘ Wan Farid adalah pilihan yang salah’. Ini di ikuti pula oleh kenyataan Mahathir Muhamad yang memperlekeh Wan Farid. Mahathir Muhamad melihat Wan Farid hanyalah seorang ‘macai’ kepada Abdullah Badawi.

Tidak cukup dengan kenyataan yang memperlekehkan Wan Farid , tiba-tiba Najib Razak yang mengepalai kempen di PRK P36 berkata bahawa pertandingan kali ini bukan satu ‘referendum’ untuk dirinya. Hujan tidak ribut pun tidak tetapi Najib Razak telah merasakan bahang ombak panas dari Batu Buruk.

Najib Razak memaksa dirinya membuat kenyataan sedemikian untuk melindungi dirinya dari terkena balingan-balingan batu. Batu-batu semakin banyak bertaburan di baling oleh ahli-ahli parti Najib sendiri. Ada yang membaling ke muka Wan Farid dan tidak kurang juga yang membaling ke rusuk Najib sendiri.

Kenyataan dari Najib ini memperlihatkan bahawa Barisan Nasional sebelum masuk gelanggang telah mula gulung tikar. Semua kenyataan-kenyatan ini adalah ‘peluru-peluru hidup’ yang wajib digunakan oleh Pas dan Pakatan Rakyat untuk ‘menembak’ jatuh calon yang dianggap kewibawaanya hanya bertaraf ‘ macai’ tidak lebih dari itu.

Untuk sesiapa yang pertama kali sampai ke Kuala Terangganu pasti akan kagum melihat kota kecil yang indah ini. Tetapai awas – di belakang keindahan alam semula jadi ini ada ‘bangkai-bangkai penyu’ yang tidak mahu hanyut-hanyut ke Laut Cina Selatan. Bau busuk bangkai-bangkai penyu inilah yang patut kita sesama hidukan bukan sahaja kepada bakal pengundi di P36 tetapi kepada seluruh warga negara.

Perhatikan dengan mata yang rapi apabila memandang ke Seberang Takir. Pulau-pulau yang merah itu adalah percubaan manusia yang ingin melawan alam. Perhatikan tembok-tembok batu di tengah laut – itu juga adalah tanda keangkuhan manusia yang cuba megalih perjalanan air agar berderu masuk seperti masuknya Wang Ikhsan ke dalam kantong mereka. Semua ini adalah ‘projek tipu helah’ dari para penyokong Abdullah Badawi termasuk macainya Wan Farid.

Projek tipu helah ini mereka panggil Monsoon Cup. Sebenarnya tidak ada yang Monsoon dan tidak ada yang Cup. Apa yang wujud hanyalah satu cara yang dipanggil projek - hakikat tujuan asalnya hanyalah untuk menyalorkan berjuta-juta duit ke dalam saku tuan empunya projek.

Saya cukup yakin projek Monsoon Cup ini pasti akan ‘meninggal dunia’ sama seperti Le Tour de Langkawi, F1, South South Dialog dan beratus lagi projek di zaman Mahathir. Semua projek berbentuk ini tujuan asalnya bukan untuk kebajikan penduduk tempatan tetapi untuk merembat duit negara.

Sila pandang dan teliti Perkampongan Hadari. Di kampong ini dikatakan ada Masjid Kristal, ada replika masjid-masjid bersejarah dan entah apa lagi bangunan hinggakan belanjanya sampai 250 juta ringgit. Kononya untuk menjadikan Kampong Hadari sebagai tarikan pelancung. Sedarlah, hanya pelancung yang bodoh sahaja yang datang untuk melihat barang ‘tiruan dari plastik’.

Para pelancung lebih senang melihat pantai yang landai, pulau yang hijau dari melihat sungai dan pantai yang berselirat dengan plastik. Atau pesisir pantai yang telah ditimbun tambah dengan batu-batu yang hodoh. Pelancung yang berilmu akan pergi ke tempat yang asli. Kalau kita hendak makan keropok lekor kita tidak akan pergi ke Paris tetapi kita pergi ke Lesong.

Saya sendiri amat teringin, tetapi belum sempat untuk datang melihat Perkampongan Hadari. Niat saya bukan untuk melihat keindahan Masjid Kristal tetapi saya hendak terperanjat melihat bagaimana projek tipu rakyat 250 juta ringgit ini dapat dilakukan atas nama agama Islam. Nilai 250 juta ringgit ini angka resmi. Berapa agaknya angka yang tidak resmi?

Justeru, saya cukup yakin kemenangan ada di dalam tangan Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat dapat mengambil kembali kerusi P36 ini maka ini bermakna ombak tsunami PRU 13 belum reda.

Tidak dapat tidak kemenangan di P36 ini akan memastikan langkah ke hadapan untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Kemenangan Pakatan Rakyat ini juga akan membuktikan bahawa kepimpinan Najib Razak sebagai ketua kempen Barisan Nasional tidaklah se gah mana.

Saya cukup yakin warga Kuala Terangganu tidak akan melupakan peristiwa Batu Buruk di mana peluru hidup telah digunakan untuk menembak orang ramai. Pada 17 Januari ini warga Kuala Terangganu tidak perlu membaling-baling batu lagi. Apa yang wajib mereka lakukan hanyalah memangkah calon Pakatan Rakyat.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terangganu adalah batu buruk yang akan menghempap United Malays National Organisation untuk selama-lamanya.(TT)

Sunday, January 11, 2009

Kunjungilah kami di
Bilik Gerakan Keadilan Bahagian Kemaman
di Chendering Berhadapan
Sekolah Menengah Chendering...
di Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu ini...