Thursday, January 15, 2009

Datuk Bandar Kuala Terengganu ugut 590 kakitangan MBKT


Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F, Wisma Sentosa, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut:

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato' Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada lebih 590 orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen, memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional (BN) pada 17 Januari 2009 nanti.


Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah ?kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah?.

Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia (PAS).


Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, Dato' Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya.


Tindakan ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan.


Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya.

Sekian, laporan polis saya. _

No comments:

Post a Comment